Pengawal selia:

×
CySEC

Skilling Ltd, dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus (CySEC) di bawah lesen CIF No. 357/18

Teruskan
FSA

Skilling (Seychelles) Ltd, diberi kuasa dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) di bawah lesen No. SD042

Teruskan

Apa itu perdagangan CFD?

Kontrak untuk perbezaan (CFD) adalah bentuk perdagangan yang popular
dalam pasaran kewangan.

Perdagangan CFD

Perdagangan CFD menawarkan peluang kepada pedagang dan pelabur untuk membuat spekulasi mengenai pergerakan harga aset tanpa memiliki aset dasar itu sendiri. Berbeza dari pelaburan tradisional, perdagangan CFD juga membolehkan pedagang mengambil posisi penurunan harga.

Pelabur tidak memiliki sebarang aset dalam dagangan CFD. Oleh demikian, pelabur boleh menjual sesuatu aset dan mendapat keuntungan apabila harga turun atau kerugian ketika harga naik. Perdagangan CFD juga memberi pelabur akses kepada pasaran global seperti saham, mata wang kripto, indeks dan komoditi dalam satu persekitaran perdagangan.

Leveraj

Ini bermakna anda hanya menggunakan sebahagian kecil dari nilai perdagangan anda. Dengan kata lain, ini dengan ketara dapat meningkatkan daya pembelian anda dengan melipat gandakan pelaburan asal yang membolehkan anda mengawal kedudukan yang jauh lebih besar daripada jumlah asal yang dilaburkan.

Ia sering digambarkan sebagai dana yang dipinjam dari broker walaupun anda tidak meminjam wang secara fizikal. Maklumat lebih lanjut mengenai leveraj boleh didapati di bawah.

Bagaimana perdagangan CFD berfungsi?

Dengan perdagangan CFD, anda tidak memiliki aset asas. Sebaliknya, anda membeli sebilangan kontrak CFD* (turut disebut sebagai unit) di pasaran jika anda menjangka harganya akan meningkat serta menjualnya jika anda menjangka harganya akan turun. Harga CFD mencerminkan nilai aset dasar dan mengikutinya setiap masa.
Dalam contoh CFD berikut dengan saham Apple, anda boleh melihat pengaruh leverage (x5) dalam kedua-dua arah. Pendedahan yang diberikan oleh leverage dalam perdagangan CFD mempengaruhi keuntungan dan juga kerugian. CFD (kontrak untuk perbezaan) adalah kontrak yang disepakati antara pembeli (pedagang) dan broker (penjual), berdasarkan spekulasi harga aset dalam keadaan pasaran tertentu.
Keuntungan dan kerugian dikira dengan memperlihatkan perbezaan harga antara ketika CFD dibeli atau dijual, dan ketika perdagangan tersebut ditamatkan.

Contoh:

Untuk membeli 1 unit stok Apple, anda memerlukan $56.27

Leveraj 1:5

Kedudukan anda akan meningkat lima kali ganda
  • Untuk setiap mata harga instrumen yang berpihak kepada anda, anda memperoleh 5 kali ganda keuntungan bergantung pada jumlah unit CFD yang anda beli atau jual.
  • Untuk setiap titik harga instrumen yang bergerak melawan anda, anda akan mengalami 5 kali ganda kerugian bergantung pada jumlah unit CFD yang telah anda beli atau jual.
  • Pada asasnya, anda meletak 100% / 5 (leveraj 1: 5 ditafsir sebagai 5x atau 5 kali) = 20% ($56.27) dari nilai penuh aset dasar dan Skilling membiayai selebihnya. Ia membolehkan anda membuat perdagangan bernilai $281.49 dengan hanya 20% dari nilai tersebut.

Kami menawarkan perdagangan CFD pada 800+ instrumen (termasuk FX, Logam, Tenaga, Saham, Indeks, mata wang Kripto) dengan deposit permulaan yang rendah, hanya €100.

Mula berdagang sekarang

Kelebihan perdagangan CFD

Berdagang di kedua-dua pasaran yang naik dan turun

Buka sama ada posisi pendek atau panjang mengikut keadaan pasaran dan strategi perdagangan anda.

Perdagangan Berleveraj

Anda memerlukan modal yang jauh lebih rendah untuk membuka perdagangan berbanding dengan memiliki aset dasar. Leveraj dapat meningkatkan keuntungan serta kerugian anda dengan ketara.

Persekitaran yang terkawal

Skilling memastikan perdagangan dilaksanakan di persekitaran yang terkawal, pengasingan deposit pelanggan, dan khidmat pelanggan yang berfokus kepada para pelanggan.

Pelaksanaan yang pantas

Pelaksanaan pesanan yang sangat pantas, hanya 8 milisaat pada FX secara purata. Tanpa campur tangan dealing desk. Pesanan anda dihantar secara automatik ke salah satu atau beberapa penyedia kecairan kami demi memastikan perdagangan anda sentiasa sepadan dan diisi dengan cepat dan cekap.

Penawaran Instrumen yang lebih Luas

Kontrak untuk perbezaan membolehkan pedagang memperdagangkan semua jenis pasaran pada bila-bila masa (indeks, forex, saham, komoditi, mata wang kripto dan lebih lagi). Ini dapat dilakukan dengan hanya satu platform perdagangan (Skilling menawarkan Metatrader 4, Skilling Trader dan cTrader) melalui telefon, web atau tablet anda. Berbeza dari pelaburan tradisional, dengan CFD anda akan mendapat akses ke pasaran walaupun di luar waktu perdagangan.

Hedging (Lindung nilai)

Perdagangan CFD juga dapat berfungsi sebagai cara mengelak kerugian yang mungkin terjadi ketika memiliki aset sebenarnya. Contohnya, jika anda memiliki saham sesebuah syarikat tetapi yakin bahawa harga saham akan turun, anda boleh menggunakan CFD untuk menjual pendek. Anda akan menjana keuntungan dari kedudukan tersebut apabila harga tersebut menurun. Tetapi jika harganya meningkat, maka anda boleh menutup perdagangan tersebut.

Apa itu margin dan leveraj?

Leveraj

Walaupun leveraj menggandakan jumlah yang anda laburkan, margin adalah jumlah yang diperlukan untuk pelaburan perdagangan tertentu.

Dengan pelaburan $1,000 dan leveraj 1:30, anda boleh membeli atau menjual aset bernilai $1,000 x 30 = $30,000. Pendedahan pasaran yang diberi oleh kontrak CFD dengan leverage adalah salah satu aspek utama yang menjadikan perdagangan CFD begitu menarik kepada para pelabur. Anda hanya perlu menyimpan peratusan dari jumlah nilai perdagangan CFD.
Tetapi ia juga penting untuk memahami risiko yang berkaitan dengan akaun dagangan CFD.

Pelabur tidak saja mempunyai pendedahan yang lebih tinggi dalam keuntungan, malah mereka juga berhadapan dengan pendedahan yang setara dalam kerugian. Oleh itu, pendidikan sangat penting.

Margin

Margin merupakan logik di sebalik contoh di atas. Sekiranya anda ingin melakukan perdagangan yang bernilai $120,000 dan leveraj adalah 1:30, margin yang anda perlukan (jumlah yang dilaburkan) adalah $120,000 / 30 = $4,000.

Syarat leveraj dan margin berbeza antara 1:2 hingga 1:30 bergantung pada kelas aset yang diperdagangkan oleh pelabur runcit. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Contoh:

Jika anda mempunyai baki tunai $1,000 dalam akaun dengan leveraj 1:30, anda mendapat $30 dengan setiap $1 dalam baki tunai anda, atau anda boleh membuat perdagangan bernilai sehingga $30,000 ($1,000 x 30 = $30,000).

Pelaburan anda
1.000$

Leveraj
1:30

Jumlah Dagangan
$30,000

Ini bermakna, dengan deposit yang kecil, anda masih dapat memperoleh keuntungan (atau kerugian) yang sama seperti yang anda lakukan dengan perdagangan saham atau komoditi. Perbezaannya ialah pulangan pelaburan permulaan anda boleh menjadi jauh lebih tinggi dengan leveraj, berbanding dengan perdagangan tradisional yang tidak menawarkan leveraj. Risikonya adalah kemungkinan kerugian juga meningkat dengan cara yang sama seperti potensi keuntungan.

  • Skilling menawarkan Perlindungan Baki Negatif untuk memastikan supaya anda tidak mengalami kerugian yang lebih tinggi daripada jumlah deposit anda.
Contoh:

Anda mempunyai $75 dan anda menjangkakan harga emas akan meningkat. Anda boleh membeli CFD emas atau melabur secara tradisional. Kedua-dua contoh boleh dibandingkan dalam jadual ini.

Sekiranya anda memilih untuk melabur dengan cara tradisional, anda memerlukan $1,500 (tanpa leveraj) untuk membeli dan memiliki aset. Dengan cara ini, anda hanya akan menjana keuntungan jika nilai emas meningkat.

Perdagangan CFD emas
(dengan leveraj 1:20)
Pelaburan Tradisional
(Tanpa Leveraj)
Tunai yang diperlukan 75 USD 1,500 USD
Beli 1 unit emas pada harga $1,500, ditutup pada harga $1,550 Anda untung $50, atau 66.7% dari wang tunai yang diperlukan Anda untung $50, atau 3.33% daripada wang tunai yang diperlukan
Beli 1 unit emas pada harga $1,500, ditutup pada harga $1,475 Anda rugi $25, atau 33.3% wang tunai yang diperlukan Anda rugi $25, atau 1.67% wang tunai yang diperlukan

Apakah kos perdagangan CFD?

Spread: Semasa berdagang CFD, anda membayar spread yang merupakan perbezaan antara harga belian dan jualan. Sekiranya anda masuk posisi beli, anda menggunakan harga beli yang disebut harga dan tamatkan perdagangan ini menggunakan harga jual, begitu juga bagi situasi sebaliknya.

  • Semakin sempit spreadnya, semakin rendah harga yang perlu diambil sebelum anda mula memperoleh keuntungan; atau jika harga bergerak bertentangan dengan anda, anda akan mengalami kerugian.
  • Kami menawarkan spread yang kompetitif secara konsisten.

Kadar swap (juga disebut kadar faedah, bayaran rollover atau yuran peralihan): Pada akhir setiap hari berdagang (pada 21:59 GMT), sebarang kedudukan yang terbuka di akaun anda mungkin dikenakan caj yang disebut sebagai kadar swap.

  • Kadar swap boleh menjadi positif atau negatif bergantung pada arah kedudukan anda dan kadar faedah yang berlaku. Untuk maklumat lanjut mengenai formula pengiraan swap sila klik Caj Komisen dan Pertukaran. Harap maklum bahawa formula swap mungkin berbeza mengikut jenis instrumen dan boleh didapati dalam setiap bahagian di pautan di atas.

Nota: Akaun premium mempunyai spread yang lebih rendah yang turut dikenakan komisen.

Instrumen mana yang boleh saya dagang dengan CFD?

Anda boleh berdagang lebih dari 800 instrumen, termasuk: