Siapa kami dan peranan kami
Kami adalah sebuah syarikat fintech milik Skandinavia dengan tujuan yang nyata: untuk menjadikan perdagangan lebih ringkas dan mudah diakses oleh semua pedagang dalam persekitaran yang telus dan terjamin. Kami percaya bahawa perdagangan bukan hanya untuk pedagang, tetapi untuk semua. Kami berpusat di tiga lokasi yang cerah - Cyprus, Malta dan Sepanyol - di mana kami membina platform perdagangan yang berevolusi.
HQ kami berada di Nicosia, Cyprus dan kami dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran Cyprus. Anda boleh berdagang lebih dari 800 instrumen kewangan forex dan CFD, termasuk pasangan mata wang, saham syarikat kegemaran anda, mata wang kripto, komoditi dan indeks yang popular di seluruh dunia melalui kami. Semua perdagangan dilakukan menggunakan forex atau kontrak untuk perbezaan. Anda boleh berdagang di platform kami menggunakan desktop, telefon mudah alih atau memuat turun aplikasi kami dari Google Play atau App Store.
Visi Kami
Membuka potensi pasaran kewangan dunia kepada semua.
Setiap individu yang berminat dalam pasaran kewangan harus dapat mengakses dan memanfaatkan sepenuhnya potensi mereka.
Misi Kami
Misi kami adalah untuk mencipta platform perdagangan unik yang direka untuk memenuhi keperluan pedagang di semua peringkat, daripada individu yang baru mula berdagang kepada profesional yang berpengalaman. Kami ingin membina sebuah platform yang menghubungkan semua pedagang kepada pasaran kewangan di dunia dan tunjukkan potensinya kepada semua.




Pengalaman di Skilling
Pengalaman pelanggan adalah perkara utama yang kami pertimbangkan. Pasukan kami bertungkus lumus merancang, mengembang dan menyempurnakan platform perdagangan kami untuk memberikan pengalaman yang tiada tandingannya supaya anda berasa selesa berdagang dalam persekitaran yang terjamin dan telus. Kami memastikan supaya anda dapat membuka akaun dengan pantas dan melakukan perdagangan dengan mudah. Kami juga memastikan anda memahami pasaran kewangan dengan lebih lanjut dan bagaimana perdagangan harus berfungsi kepada semua. Buka akaun Skilling anda dan cuba hari ini.
Cerita Kami
Pasukan Kami
Kumpulan Skilling terdiri daripada pasukan multinasional dengan lebih 40 orang dari seluruh dunia. Pemaju, pemasar dan pakar-pakar kami bekerja bersama di pejabat kami yang terletak di Cyprus (CIF), Malta dan Sepanyol.

Michael Kamerman
CEO dan pengasas bersama

Michalis Karakatsianis
COO

Fiona Soler
CFO

Lennart Clausen
Ketua Perdagangan

Pavel Spirin
CCO

Andrew Haigh
CIO

Christoffer Hartman
Ketua Perundangan




Sertai Skilling
Kami sentiasa mencari mereka yang berbakat. Jika anda mempunyai sesuatu yang istimewa dan ingin menyertai pasukan kami, sila hantar permohonan terbuka kepada kami atau lihat senarai pekerjaan di bawah dan hantar permohonan anda melalui e-mel kepada bahagian Sumber Manusia kami di [email protected].
